Tuesday, March 5, 2013

IBRAH POLITIK SALAFUSSOLEH

      Saya baru sahaja pulang menonton diskusi ilmiah di Dewan Kuliah Pusat 4, Usim.
Diskusi tersebut disampaikan oleh Prof Madya dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin
atau lebih ringkas Dr Maza.
Tajuk diskusi ialah Íbrah Politik Salafussoleh'. Gaya pembawaan yang bersahaja telah memikat hati ratusan mahasiswa yang berpusu-pusu datang dan setia mendengar hingga ke akhir. Diskusi yang bermula sekitar jam 9 malam dimulakan oleh penceramah dengan menceritakan Zaman Salafussoleh yang terkenal dengan akidah dan ibadah pada zaman tersebut.
Dr Maza berdiskusi dengan para mahasiswa



Beliau juga menerangkan tentang tanggungjawab ámar makruf nahi munkar' yang perlu dilihat lebih meluas konteksnya oleh para pemerintah. Antaranya ialah menghapuskan rasuah, menjaga kebajikan rakyat dan pelbagai lagi. Tambahan pula, ciri-ciri pemimpin itu mestilah seorang yang kuat dan amanah.
Beliau juga mengingatkan kepada mahasiswa yang sudah layak mengundi, sekalipun kita tidak boleh memilih yang paling baik, sekurang-kurangnya pilihlah yang kurang buruk.

Diskusi tersebut dihangatkan lagi dengan soalan-soalan oleh para penonton. Di antaranya , ada yang bertanyakan tentang golongan para habib yang dikatakan menyerupai syiah . Beliau dengan mudah menjawab bahawa promosi golongan para habib dan syed ini seolah-olah mendekati golongan Syiah kerana anak-anak muda yang baru berjinak-jinak dengan qasidah dan seumpamanya begitu الغلو iaitu melampau-lampau sehingga ada yang taksub dengan meminum bekas para habib ini yang dikatakan mempunyai salasilah dengan para nabi.

Menurut Mohd Hasbullah Bin Mohd Radzi, program diskusi ini membantu membuka minda pelajar tentang politik kerana masih terdapat golongan mahasiswa yang tidak mengetahui berkaitan politik . Dia juga berkata sebagai mahasiswa kita perlu menyokong melihat kepada kemampuan individu dan bukannya kepada parti itu sendiri.




No comments:

Post a Comment