Friday, January 13, 2012

ISA : MENGAPA PERLU DIHAPUSKAN ?

Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu perundangan yang dibuat di bawah Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin: - keselamatan dalam negeri Malaysia,
- tahanan perlindungan,
- mengelakkan tindakan subversif,
- & memerangi keganasan yang dilakukan secara tersusun.

Sejak diwujudkan pada tahun 1960, akta itu telah dipinda tidak kurang daripada 17 kali dan setiap kali pindaan dibuat operasi undang-undang itu diperluaskan skopnya sehingga mencangkupi di bidang-bidang yang lazimnya tertakluk kepada undang-undang 'Evidence Act' dan 'Criminal Procedure Code' dan 'Penal Code'.

Bagi suatu Akta yang bertujuan untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara, adalah menjadi keganjilan yang amat nyata kerana perkataan keselamatan tidak ditakrifkan. Apabila perkataan yang menjadi inti kepada hasrat Akta itu tidak ditakrifkan, maka masalah keselamatan itu telah dijadikan bidang subjektif yang nyata yang boleh dengan mudahnya diperalatkan oleh pihak-pihak politik yang berkuasa.