Monday, March 24, 2014

SEBULAN BERPRAKTIKAL DI BERITA TV9, BANDAR UTAMA,PJ

sungguh aku rindu kenangan di minggu pertama- kedua- ketiga - keempat...
cuma, kalau diberi peluang sekali lagi,
aku nak masuk primeworks-- bukan newsroom..
sangat kena kental hati, mental, fizikal, cekal hati... MOTIVASI KENA TINGGI..

selamat tinggal kenangan itu.. yang aku cipta dan aku lupus..
belajar dari kesilapan, ego jangan tinggi...

Sunday, February 2, 2014

K.A.W.A.N

hampir 3 sem ak duduk dengan kawan fifa.
zaky, basri, zaki irsyad, abas, yassir, afdhal, khalil dan..... SIR IDZUAFI HADI

BAGAI menjilat LUDAH kembali,
itu mungkin perumpamaan yang sesuai dituju buat diriku,

ialah, awal2 duduk sekali, masuk tahun 2, senang2 terus keluar rumah tanpa notis awal.

CUKUP.

kadang-kadang, menjilat itu lebih mulia dari buat tak tahu kesusahan orang lain.

aku cuma nak describe kawan-kawan serumah :
(1) ZAKY
asal melaka, dulu aku agak rapat dengan dia.
dia pernah ajak aku pergi library, naik motor sama-sama, aku pun pernah belanja dominos dsb.
tapi, akhir-akhir sem ni,
kami dah tak seperti dahulu, aku sedar, rupanya banyak salah aku padanya.

1- isu debat smka - pasal pemadam.
2- isu sensitif.
3- isu dada.

aku rasa benda-benda ini cukup untuk menilai erti sebuah persahabatan olehnya.
 mungkin aku rindu ZAky yang dulu kot. dah eching pulak.

(2) KHALIL

asal kedah.
orangnya tinggi lampai agak keding.
sekelas masa sem1.
kadang-kadang sensorang.
aku pernah meluah persaan pasal isu wahabi dan salafi.
seronok sembang.
tak de masalah besar dengan khalil, ok jer...
cuma biasalah, budaya singgung menyinggung ni dah jadi adat orang melayu..

(3) AFDHAL

tinggal cheras, area cp.
satu sem duduk sekali dgn kami,
selama ni pun kerap datang rumah..
rapat sekali dia dengan abas dan basri..
huhhh...
di akhir sem penuh DRAMA AIRMATA..
arghh..
hahah...
aku anggap nasihat dan teguran gentle lah tu.
cukup.
aku dah okey sekarang,
haha..

(4) YASSIR

tinggal kat kajang.
tapi sampai sekarang tak pernah gi rumah dia..
kenapakah?
hmmm...
dekat sajorh..
aku pernah konflik dengan abg long ( hormat umur lagi tua 2 tahun dari aku wehh)
pasal aku pernah cakap "makan... orang.... "( rasisme di sini)
okey,
aku pun agak dah reda sedikit lah...
malu kot, dah salah nak minta maaf kat dia...
hehehee...
dia banyak tolong dulu, angkut barang, datang kenduri kat umah dsb..

4 KAWAN SERUMAH PUNYA CERITA KITA SAMBUNG NANTI-NANTI YA... 

ISNIN   24/3/2014

(5) BASRI

orang muadzam, pahang..
suka bergurau, rajin orangnya..
puas bergurau nok-nok setiap hari...
hmmm. rindu pulak suasana tu.. (sayang, video kenangan takde, sebab kat handset abas)

(6) ABBAS

orang Raub, Pahang, suka usha motor, expert pasal ekzos dsb..
dah ada makwe... hehe
seronok berkongsi pengalaman, cerita itu ini...
tak de masalah besar pun...

(7) ZAKI IRSYAD

kali pertama nampak dia ni,
hmmm... boleh tahanlah... haha
rajin bergurau ngan aku...
pernah pujuk aku waktu aku sedih...
gurau dia pun over jugaklah.... rindu gila....
siap bagi dua helai seluar masa sem akhir, semua dah nak siap-siap ke praktikal...
lembut tutur kata.. manja orangnya.. anak bongsu...
haha... Kuala Lipis...

(8) SIR HADI

paling senior dalam rumah, sudah berumah tangga, laki orang, otw Phd,
banyak membaca, pandai memasak, suka buat sepah kat rumah tu.. opps!
hehe.
banyak lah benda yang sir ajar,
kena jadi siswa yang cakna...
bukan siswa yang lesu...
orang Johor.. kadang-kadang tu, pelik gak... bergurau mengada-ngada... dalam kelas ke main strict lagi..hah
inspired nak kerja gaji besar cam sir one day...

demikianlah corat-coret 8 watak utama dalam RUMAH PT 5748, DESA ANGGERIK, NILAI.
kalian semua sudah membawa diri berpraktikal ...
moga kita berjumpa di episod kehidupan yang lain...
SELAMAT MAJU JAYA!



Tuesday, May 14, 2013

Belia & FutsaL

Pasukan lawan cuba merampas bola.
Bila bercakap tentang futsal, ia begitu sinonim dengan golongan belia.
Mana tidaknya, saya dan kawan-kawan serumah berfutsal sekali seminggu.
Sudah menjadi rutin wajib dan kemestian buat kami semua.

Sukan futsal mula terkenal selepas golongan belia pada hari ini menjadikannya sebagai satu kemestian pada waktu malam. Mereka berkumpul bersama-sama dan mengisi masa malam dengan berfutsal.

Kadar bayaran yang selalu dikenakan oleh pengusaha tempat futsal adalah dalam sekitar Rm 60 sejam.

Menurut rakan-rakan yang aktif bersukan, futsal lebih memenatkan berbanding bermain bola sepak di padang. Hal ini kerana kita perlu menggunakan tenaga fizikal dalam kawasan yang kecil untuk menjaga gol dari dibolos pasukan lawan dan membuat serangan ke pihak lawan.


Pelbagai pihak, persatuan dan kelab sering mengadakan pertandingan futsal dan menyediakan hadiah yang begitu lumayan dalam bentuk wang ringgit sebagai daya tarikan untuk mereka menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sesebuah organisasi.

Sebagai contoh,Sports Planet merupakan antara syarikat 'indoor games' yang kerap mengadakan pertandingan-pertandingan futsal dan menawarkan hadiah yang lumayan. Sekaligus mempromosi nama mereka dalam arena futsal tempatan.

Sports Planet antara syarikat futsal yang terkenal di Malaysia. 



Antara faedah-faedah berfutsal ialah dapat meningkatkan fungsi fisiologi dan anatomi badan. Hal ini kerana melibatkan banyak pergerakan yang melibatkan tangan,kaki,mata dan sebagainya.

Justeru, sebagai belia yang proaktif, rajin-rajinkanlah diri anda dengan berfutsal sebagai aktiviti senaman setiap minggu jika anda malas untuk berjoging.

gelanggang futsal.



                                                                                                                                                                           





World Press Freedom Day 2013

    3 May yang lepas merupakan Hari Kebebasan Media Sedunia (World Press Freedom Day). Bersempena dengan itu, satu forum telah dianjurkan oleh Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Industri Selangor (Unisel) dengan kerjasama Sinar Harian.

Usim telah menghantar seramai enam pelajar Komunikasi Kewartawanan Tahun 3 dan empat wakil pelajar dari Bahasa Arab dan Komunikasi. Forum yang diadakan pada hari Jumaat telah berlangsung selama 3 jam melibatkan tiga orang panelis yang terdiri daripada tokoh wartwan negara, Datuk A. Kadir Jasin, En lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah dan En Fathi Aris Omar, Ketua Pengarang Malaysiakini.com.

Forum yang dikendalikan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad, mantan ketua editor, News Straits Times membincangkan tentang 'Safe to speak : Securing Freedom of Expression in All Media'dimulakan dengan kupasan topik oleh datuk kadir. Beliau menyatakan bahawa kita sudah cukup dengan kebebasan yang sedia ada. Pengguna bebas memilih kandungan bahan bacaan sama ada di media arus perdana ataupun di internet.

Panel yang kedua dari Malaysiakini pula berpendapat bahawa permit penerbitan perlu dihapuskan kerana isu permit ini sering menjadi halangan kepada pihaknya untuk membuat surat khabar masakan akhabrnya sekarang hanya dalam versi atas talian.

En Lutfi sebagai speaker terakhir menyuarakan tentang peranan dan fungsi institusi akhbar yang perlu dikembalikan semula selepas orang politik mula mengambil alih peranan tersebut sekian lama sekaligus menafikan hak pelaporan berita itu sendiri yang berat sebelah.

Forum diakhiri dengan sesi soal jawab oleh penonton yang hadir.

                       
pelajar-pelajar Usim yang ditemu ramah oleh wartawan Sinar Harian.


















Apa ada pada rokok?

Rokok.
Dunhill, John, Marlboro, Kings dan pelbagai lagi merupakan jenama syarikat rokok-rokok di Malaysia.
rokok diperbuat daripada pelbagai bahan campuran yang berbahaya.
                                                                   
Rokok sangat digemari rakyat Malaysia tidak kira kanak-kanak, remaja, lelaki mahupun wanita. Ada yang mengatakan sebagai penawar stress, satu kemestian, lagak bergaya dan rasa ingin mencuba yang tinggi. Pengaruh persekitaran seperti keluarga dan kawan merupakan antara faktor kecenderungan lahirnya seorang perokok.

Tahukah anda,
dalam sebatang rokok sahaja mengandungi bahan-bahan yang sangat berbahanya seperi nikotin, methanol, arsenik, carbon monoksida dan sebagainya.
Kandungan yang terdapat dalam sebatang rokok.

Selain itu juga rokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti :
 
  

 

Saturday, April 20, 2013

bila Siswa jadi PEMERHATI PRU 13

Assalamualaikum,
bertemu kita lagi di ruangan ini. ruangan yang memberi peluang untuk saya menceritakan pengalaman sewaktu pilihan raya ke 13.

Pada PRU 13 ini, saya berpeluang menjadi pemerhati yang dilantik dan disahkan oleh SPR. Hanya 4 NGO sahaja yang dibenarkan pihak SPR untuk menjadi sukarelawan pemerhati iaitu Merdeka Centre, IDEAS(Institute for Democracy and Economy Affairs), CPPS dan Majlis Belia Malaysia.

Tugas pertama di hari penamaan calon. Usai Solat Suboh, saya bersiap siaga menuju ke Kajang (dari Nilai). Sungguh perjalanan setengah jam di waktu pagi sangat selesa.

Sekitar 8.15am, saya tiba di SMJK YU HUA, KAJANG,
lokasi penamaan calon bagi Parlimen Hulu Langat P101.

Rasa semacam orang besar, mudah sahaja akses ke kawasan larangan dengan berpakaian khas dan tag pemerhati.

Ramah pasukan Polis dan Penyelaras Kempen SPR saya dahulukan ribuan terima kasih.

Perlu diketahui bidang tugas PEMERHATI hanyalah memerhati,merekod dan melapor.
Tiada kuasa mengawal, mencegah dan menahan .

Namun, natijah keputusan yang diambil perlu direkod untuk dianalisis sejauh mana perjalanan demokrasi di Malaysia.


                   Pemerhati P101 Parlimen Hulu Langat, kak ainul mawaddah, fatihah dan hasif.




 Suasana di dalam dewan Pusat Penamaan Calon Parlimen Hulu Langat .
















Pegawai Pengurus Pilihan Raya P101 sedang mengumumkan pengesahan calon-calon yang bertanding.








Calon-calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) dan Bebas bergambar kenangan selepas proses pengumuman calon yang bertanding di peringkat parlimen dan Adun. 

Saturday, March 23, 2013

Street Dakwah 2013

Bertempat di Pantai Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Muamalah Events yang dianjurkan oleh mahasiswa-mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) tahun akhir dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (Fsu) telah menjemput pemuzik jalanan Usim di sana.


penulis bersama 'baskin' Usim

Bertemakan dakwah jalanan, program ini merupakan acara yang perlu dilakukan sebagai syarat memenuhi kriteria Latihan Industri di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mempromosikan Islam kepada orang bukan Islam agar tertarik untuk mengenali Islam dengan lebih dekat disamping mengedarkan risalah-risalah agama kepada orang Islam sendiri.
Menurut Najat Nabihah,23,mereka akan bergilir-gilir seramai enam orang menjaga gerai, mengedarkan risalah dan pelbagai lagi.
"Kami juga menyediakan kaunter khas untuk menyemak tarikh lahir dalam kalendar Islam, rawatan Islam, dan soal jawab agama yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Agama sendiri", tambahnya lagi.
Najat juga berasa begitu bersemangat untuk meneruskan lagi usaha dakwah secara terbuka seperti ini lagi.

Urusetia bergambar bersama penyanyi jemputan.
                                                                                     
Sesi penyampaian cenderamata.