Tuesday, May 14, 2013

Belia & FutsaL

Pasukan lawan cuba merampas bola.
Bila bercakap tentang futsal, ia begitu sinonim dengan golongan belia.
Mana tidaknya, saya dan kawan-kawan serumah berfutsal sekali seminggu.
Sudah menjadi rutin wajib dan kemestian buat kami semua.

Sukan futsal mula terkenal selepas golongan belia pada hari ini menjadikannya sebagai satu kemestian pada waktu malam. Mereka berkumpul bersama-sama dan mengisi masa malam dengan berfutsal.

Kadar bayaran yang selalu dikenakan oleh pengusaha tempat futsal adalah dalam sekitar Rm 60 sejam.

Menurut rakan-rakan yang aktif bersukan, futsal lebih memenatkan berbanding bermain bola sepak di padang. Hal ini kerana kita perlu menggunakan tenaga fizikal dalam kawasan yang kecil untuk menjaga gol dari dibolos pasukan lawan dan membuat serangan ke pihak lawan.


Pelbagai pihak, persatuan dan kelab sering mengadakan pertandingan futsal dan menyediakan hadiah yang begitu lumayan dalam bentuk wang ringgit sebagai daya tarikan untuk mereka menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh sesebuah organisasi.

Sebagai contoh,Sports Planet merupakan antara syarikat 'indoor games' yang kerap mengadakan pertandingan-pertandingan futsal dan menawarkan hadiah yang lumayan. Sekaligus mempromosi nama mereka dalam arena futsal tempatan.

Sports Planet antara syarikat futsal yang terkenal di Malaysia. 



Antara faedah-faedah berfutsal ialah dapat meningkatkan fungsi fisiologi dan anatomi badan. Hal ini kerana melibatkan banyak pergerakan yang melibatkan tangan,kaki,mata dan sebagainya.

Justeru, sebagai belia yang proaktif, rajin-rajinkanlah diri anda dengan berfutsal sebagai aktiviti senaman setiap minggu jika anda malas untuk berjoging.

gelanggang futsal.



                                                                                                                                                                           





No comments:

Post a Comment