Saturday, April 20, 2013

bila Siswa jadi PEMERHATI PRU 13

Assalamualaikum,
bertemu kita lagi di ruangan ini. ruangan yang memberi peluang untuk saya menceritakan pengalaman sewaktu pilihan raya ke 13.

Pada PRU 13 ini, saya berpeluang menjadi pemerhati yang dilantik dan disahkan oleh SPR. Hanya 4 NGO sahaja yang dibenarkan pihak SPR untuk menjadi sukarelawan pemerhati iaitu Merdeka Centre, IDEAS(Institute for Democracy and Economy Affairs), CPPS dan Majlis Belia Malaysia.

Tugas pertama di hari penamaan calon. Usai Solat Suboh, saya bersiap siaga menuju ke Kajang (dari Nilai). Sungguh perjalanan setengah jam di waktu pagi sangat selesa.

Sekitar 8.15am, saya tiba di SMJK YU HUA, KAJANG,
lokasi penamaan calon bagi Parlimen Hulu Langat P101.

Rasa semacam orang besar, mudah sahaja akses ke kawasan larangan dengan berpakaian khas dan tag pemerhati.

Ramah pasukan Polis dan Penyelaras Kempen SPR saya dahulukan ribuan terima kasih.

Perlu diketahui bidang tugas PEMERHATI hanyalah memerhati,merekod dan melapor.
Tiada kuasa mengawal, mencegah dan menahan .

Namun, natijah keputusan yang diambil perlu direkod untuk dianalisis sejauh mana perjalanan demokrasi di Malaysia.


                   Pemerhati P101 Parlimen Hulu Langat, kak ainul mawaddah, fatihah dan hasif.




 Suasana di dalam dewan Pusat Penamaan Calon Parlimen Hulu Langat .
















Pegawai Pengurus Pilihan Raya P101 sedang mengumumkan pengesahan calon-calon yang bertanding.








Calon-calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) dan Bebas bergambar kenangan selepas proses pengumuman calon yang bertanding di peringkat parlimen dan Adun.