Tuesday, May 14, 2013

World Press Freedom Day 2013

    3 May yang lepas merupakan Hari Kebebasan Media Sedunia (World Press Freedom Day). Bersempena dengan itu, satu forum telah dianjurkan oleh Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Industri Selangor (Unisel) dengan kerjasama Sinar Harian.

Usim telah menghantar seramai enam pelajar Komunikasi Kewartawanan Tahun 3 dan empat wakil pelajar dari Bahasa Arab dan Komunikasi. Forum yang diadakan pada hari Jumaat telah berlangsung selama 3 jam melibatkan tiga orang panelis yang terdiri daripada tokoh wartwan negara, Datuk A. Kadir Jasin, En lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah dan En Fathi Aris Omar, Ketua Pengarang Malaysiakini.com.

Forum yang dikendalikan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad, mantan ketua editor, News Straits Times membincangkan tentang 'Safe to speak : Securing Freedom of Expression in All Media'dimulakan dengan kupasan topik oleh datuk kadir. Beliau menyatakan bahawa kita sudah cukup dengan kebebasan yang sedia ada. Pengguna bebas memilih kandungan bahan bacaan sama ada di media arus perdana ataupun di internet.

Panel yang kedua dari Malaysiakini pula berpendapat bahawa permit penerbitan perlu dihapuskan kerana isu permit ini sering menjadi halangan kepada pihaknya untuk membuat surat khabar masakan akhabrnya sekarang hanya dalam versi atas talian.

En Lutfi sebagai speaker terakhir menyuarakan tentang peranan dan fungsi institusi akhbar yang perlu dikembalikan semula selepas orang politik mula mengambil alih peranan tersebut sekian lama sekaligus menafikan hak pelaporan berita itu sendiri yang berat sebelah.

Forum diakhiri dengan sesi soal jawab oleh penonton yang hadir.

                       
pelajar-pelajar Usim yang ditemu ramah oleh wartawan Sinar Harian.


















Apa ada pada rokok?

Rokok.
Dunhill, John, Marlboro, Kings dan pelbagai lagi merupakan jenama syarikat rokok-rokok di Malaysia.
rokok diperbuat daripada pelbagai bahan campuran yang berbahaya.
                                                                   
Rokok sangat digemari rakyat Malaysia tidak kira kanak-kanak, remaja, lelaki mahupun wanita. Ada yang mengatakan sebagai penawar stress, satu kemestian, lagak bergaya dan rasa ingin mencuba yang tinggi. Pengaruh persekitaran seperti keluarga dan kawan merupakan antara faktor kecenderungan lahirnya seorang perokok.

Tahukah anda,
dalam sebatang rokok sahaja mengandungi bahan-bahan yang sangat berbahanya seperi nikotin, methanol, arsenik, carbon monoksida dan sebagainya.
Kandungan yang terdapat dalam sebatang rokok.

Selain itu juga rokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik seperti :
 
  

 

Saturday, April 20, 2013

bila Siswa jadi PEMERHATI PRU 13

Assalamualaikum,
bertemu kita lagi di ruangan ini. ruangan yang memberi peluang untuk saya menceritakan pengalaman sewaktu pilihan raya ke 13.

Pada PRU 13 ini, saya berpeluang menjadi pemerhati yang dilantik dan disahkan oleh SPR. Hanya 4 NGO sahaja yang dibenarkan pihak SPR untuk menjadi sukarelawan pemerhati iaitu Merdeka Centre, IDEAS(Institute for Democracy and Economy Affairs), CPPS dan Majlis Belia Malaysia.

Tugas pertama di hari penamaan calon. Usai Solat Suboh, saya bersiap siaga menuju ke Kajang (dari Nilai). Sungguh perjalanan setengah jam di waktu pagi sangat selesa.

Sekitar 8.15am, saya tiba di SMJK YU HUA, KAJANG,
lokasi penamaan calon bagi Parlimen Hulu Langat P101.

Rasa semacam orang besar, mudah sahaja akses ke kawasan larangan dengan berpakaian khas dan tag pemerhati.

Ramah pasukan Polis dan Penyelaras Kempen SPR saya dahulukan ribuan terima kasih.

Perlu diketahui bidang tugas PEMERHATI hanyalah memerhati,merekod dan melapor.
Tiada kuasa mengawal, mencegah dan menahan .

Namun, natijah keputusan yang diambil perlu direkod untuk dianalisis sejauh mana perjalanan demokrasi di Malaysia.


                   Pemerhati P101 Parlimen Hulu Langat, kak ainul mawaddah, fatihah dan hasif.




 Suasana di dalam dewan Pusat Penamaan Calon Parlimen Hulu Langat .
















Pegawai Pengurus Pilihan Raya P101 sedang mengumumkan pengesahan calon-calon yang bertanding.








Calon-calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat (PR) dan Bebas bergambar kenangan selepas proses pengumuman calon yang bertanding di peringkat parlimen dan Adun. 

Saturday, March 23, 2013

Street Dakwah 2013

Bertempat di Pantai Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Muamalah Events yang dianjurkan oleh mahasiswa-mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) tahun akhir dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (Fsu) telah menjemput pemuzik jalanan Usim di sana.


penulis bersama 'baskin' Usim

Bertemakan dakwah jalanan, program ini merupakan acara yang perlu dilakukan sebagai syarat memenuhi kriteria Latihan Industri di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mempromosikan Islam kepada orang bukan Islam agar tertarik untuk mengenali Islam dengan lebih dekat disamping mengedarkan risalah-risalah agama kepada orang Islam sendiri.
Menurut Najat Nabihah,23,mereka akan bergilir-gilir seramai enam orang menjaga gerai, mengedarkan risalah dan pelbagai lagi.
"Kami juga menyediakan kaunter khas untuk menyemak tarikh lahir dalam kalendar Islam, rawatan Islam, dan soal jawab agama yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Agama sendiri", tambahnya lagi.
Najat juga berasa begitu bersemangat untuk meneruskan lagi usaha dakwah secara terbuka seperti ini lagi.

Urusetia bergambar bersama penyanyi jemputan.
                                                                                     
Sesi penyampaian cenderamata.

Friday, March 22, 2013

SUKAN FAKULTI USIM : SEKADAR PERTANDINGAN

Saya menghabiskan masa pagi saya di pusat sukan, Pavilion Usim, semata-mata ingin melihat atlet-atlet fakulti berentap demi menaikkan nama fakulti. Selama tiga jam juga saya berpanas-panas menonton bola baling fakulti sendiri yang segak berjersi kuning.

Tidak dilupakan sukan bola sepak yang diadakan serentak di padang belakang berhampiran kuarters pekerja. Sempat jugalah menyaksikan minit-minit terakhir FSU lawan FPBU. Cuma, dari dahulu sememangnya saya terkilan dengan sikap pegawai sukan.

Kenapa ?
Beliau marah kalau atlet pakai stokin yang tak berkualiti, tidak pakai penutup kaki, pengadang kaki dan sebagainya. Namun, tidak pernah pula marah kepada atlet yang membuka aurat dan tidak patuh syariah.
Alahai, staf mereka pun begitu, agama ibarat mainan di hujung lutut. Aturan dan arahan ALLAH SWT ibarat lapuk dan kolot bagi mereka.


 acara balapan di pavilion, Usim.

kesungguhan pelajar ketika bersukan

Saya membelek-belek buku panduan Hal Ehwal Pelajar 2010 dalam bab etika pakaian pelajar. Sedih, langsung tidak ditekankan penutupan aurat mematuhi kehendak Islam. 

Hanya isu tidak boleh bersongkok, hanya berkopiah, dan denda. 

mana kolerasi islam dalam tatacara kehidupan ? 

tepuk dada, tanya iman masing-masing. 

Saturday, March 9, 2013

RESEPI : MACARONI BAKAR


Tentunya mahasiswa suka mencuba sesuatu yang baru, sesuatu yang lain. 
Maka, post kali ini saya ingin berkongsi menu baru yang sesuai untuk dicuba oleh mahasiswa yang tinggal di rumah sewa. Hanya perlu ada dapur gas dan ketuhar gelombang mikro. 


Bahan-bahan :
400g makar0ni
200g daging cincang
2 sudu besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar (pot0ng dadu)
1/2 biji capsicum kuning (pot0ng dadu)
1/2 biji capsicum merah (pot0ng dadu)
1/2 batang carr0t (pot0ng dadu)
3 batang s0sej (pot0ng dadu)
7 biji telur (kalau yang besar dlm 5~6 biji)
3 sudu besar s0s cili
3 sudu besar s0s tomat0
3 sudu besar s0s tiram
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
daun sup bawang
cheese
*bahan-bahan itu boleh diubah mengikut kesukaan

Cara memasak:~
1. Rebus makaroni bersama sedikit minyak dan garam, bila kembang t0skan airnya (dlm 20minit).
2. Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar yg dip0tong dadu hingga layu.
3. Masukkan serbuk kari yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga wangi.
4. Masukkan daging cincang. Kacau sebati.
5. Masukkan s0sej, carr0t n capsicum. Gaul hingga sebati.
6. Masukkan s0s tiram, s0s cili, s0s t0mato n garam.
7. Akhir sekali masukkan makar0ni. Kacau hingga sebati.
8. Pecahkan telur dalam bekas k0song, pukul sedikit.
9. Sapukan acuan dengan butter@majerin.
10. Masukkan setengah makar0ni yg telah dig0reng tadi n masukkan pukulan telur separuh. Lapiskan dgn cheese.
11. Lapiskan lagi dgn macar0ni n masukkan pukulan tel0r kesemuanya. Taburkan capsicum yg selebihnya n daun sup daun bawang.
12. Kemudian hias cheese yg selebihnya ik0t kreativiti anda
13. Bakar selama 15-20 minit di dalam oven 175 C

  Macaroni adalah salah satu jenis pasta berasal dari negara Itali. Makanan yang sama nilai kalorinya dengan mee bagi hidangan sepinggan iaitu 550 kalori sesuai dijadikan hidangan di waktu tengah hari ataupun petang. Akhir kata, selamat mencuba dan saya pasti anda menggemarinya. 

Ragam Kehidupan

29 Mac 2013 nanti, genaplah aku 23 tahun . 
Semakin bertambah umurku, semakin hampirlah kematian menghampiriku. 
itulah hakikat sebuah kehidupan yang hidup pasti akan mati ,
maka,sementara masih berkesempatan menghirup udara dan bernafas di bumi ALLAH ini, hiasilah diri kita dengan rasa kegembiraan dan bergaulah sesama rakan taulan dengan mengamalkan akhlak-akhlak yang terpuji. 
Kenapa ?
kerana akhlak yang terpuji itu mencerminkan peribadi insan yang 'Abrar'. 
Suka saya untuk berkongsi serba sedikit ragam kawan- kawan sepanjang berada di USIM ini . 
Ada yang suka bergurau sakan, mengata orang lain dan sebagainya, namun, pelik bila dia pula yang tidak boleh diguraukan dan akhirnya merajuk membawa diri entah sampai bila kan sudah.  
Ada pula yang pendiam dan boleh bertukar menjadi panas baran bila ada yang cuba ingin bergurau dengannya. 
Pokok pangkalnya, kita yang menghadapi situasi ini haruslah berlapang dada dan menerima sifat dan sikap rakan-rakan di sekeliling kita kerana merekalah yang mewarnai kehidupan kita, tidak kisahlah, pemarah , panas baran, melenting dan seumpamanya. belajarlah dari sikap itu supaya kita dapat mematangkan diri kita ... terimalah lagu ....