Saturday, March 9, 2013
Ragam Kehidupan
Semakin bertambah umurku, semakin hampirlah kematian menghampiriku.
itulah hakikat sebuah kehidupan yang hidup pasti akan mati ,
maka,sementara masih berkesempatan menghirup udara dan bernafas di bumi ALLAH ini, hiasilah diri kita dengan rasa kegembiraan dan bergaulah sesama rakan taulan dengan mengamalkan akhlak-akhlak yang terpuji.
Kenapa ?
kerana akhlak yang terpuji itu mencerminkan peribadi insan yang 'Abrar'.
Suka saya untuk berkongsi serba sedikit ragam kawan- kawan sepanjang berada di USIM ini .
Ada yang suka bergurau sakan, mengata orang lain dan sebagainya, namun, pelik bila dia pula yang tidak boleh diguraukan dan akhirnya merajuk membawa diri entah sampai bila kan sudah.
Ada pula yang pendiam dan boleh bertukar menjadi panas baran bila ada yang cuba ingin bergurau dengannya.
Pokok pangkalnya, kita yang menghadapi situasi ini haruslah berlapang dada dan menerima sifat dan sikap rakan-rakan di sekeliling kita kerana merekalah yang mewarnai kehidupan kita, tidak kisahlah, pemarah , panas baran, melenting dan seumpamanya. belajarlah dari sikap itu supaya kita dapat mematangkan diri kita ... terimalah lagu ....
Tuesday, March 5, 2013
IBRAH POLITIK SALAFUSSOLEH
Diskusi tersebut disampaikan oleh Prof Madya dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin
atau lebih ringkas Dr Maza.
Tajuk diskusi ialah Íbrah Politik Salafussoleh'. Gaya pembawaan yang bersahaja telah memikat hati ratusan mahasiswa yang berpusu-pusu datang dan setia mendengar hingga ke akhir. Diskusi yang bermula sekitar jam 9 malam dimulakan oleh penceramah dengan menceritakan Zaman Salafussoleh yang terkenal dengan akidah dan ibadah pada zaman tersebut.
![]() | ||||
| Dr Maza berdiskusi dengan para mahasiswa |
Beliau juga mengingatkan kepada mahasiswa yang sudah layak mengundi, sekalipun kita tidak boleh memilih yang paling baik, sekurang-kurangnya pilihlah yang kurang buruk.
Diskusi tersebut dihangatkan lagi dengan soalan-soalan oleh para penonton. Di antaranya , ada yang bertanyakan tentang golongan para habib yang dikatakan menyerupai syiah . Beliau dengan mudah menjawab bahawa promosi golongan para habib dan syed ini seolah-olah mendekati golongan Syiah kerana anak-anak muda yang baru berjinak-jinak dengan qasidah dan seumpamanya begitu الغلو iaitu melampau-lampau sehingga ada yang taksub dengan meminum bekas para habib ini yang dikatakan mempunyai salasilah dengan para nabi.
Menurut Mohd Hasbullah Bin Mohd Radzi, program diskusi ini membantu membuka minda pelajar tentang politik kerana masih terdapat golongan mahasiswa yang tidak mengetahui berkaitan politik . Dia juga berkata sebagai mahasiswa kita perlu menyokong melihat kepada kemampuan individu dan bukannya kepada parti itu sendiri.
Monday, March 4, 2013
Lahad Datu : bila sempadan negara dibolos (dari kacamata mahasiswa)
Sementara itu pula, saya juga tidak bersetuju dengan pihak-pihak yang cuba mempertikaikan kredibiliti pihak polis yang menjalankan tanggungjawab mereka sehinggakan 8 orang terkorban. Kenapa kita cuba menyalahkan takdir? sudah suratan ajal maut yang pergi tetap pergi. Suka saya untuk berkongsi dengan penerangan yang diutarakan oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPNM, saudara Wan Nurhidayat bin Wan Mohamad berkaitan isu ini :
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).
Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.
saya sangat tertarik dengan kalam terakhir beliau.
konklusinya, mudah untuk kita membuat penilaian, bukan hanya bergantung kepada satu sumber, kerana hakikatnya satu sumber itulah yang bakal merosakkan minda rakyat.
Friday, June 8, 2012
peperiksaan akhir semester 4 2012
Monday, June 4, 2012
Onesoulz perform ...... 2012- latest edition
Friday, January 13, 2012
ISA : MENGAPA PERLU DIHAPUSKAN ?
Tuesday, October 25, 2011
SALAFI & WAHABI berbeza ?
salam.. alhamdulillah.. ana baru kmbali dari tanah suci.. n ana rasa, ana faham, kenapa kerajaan saudi (maaf, yg dilabel sbg wahabi) menentang keras amalan bid3ah.. bid3ah dah terlalu teruk disana, pernah berleluasa dan mencemari makam al Habib, Rasulullah, sahabat2 di perkuburan Baqi' dan ada juga sampai di masjidil haram.. ana nampak, mereka beriya2 menyekat amalan ni terutama terhadap puak2 syiah rafidhah.. ana ckup2 menyanjungi mereka dalam menegakkan sunnah rasul.. Subhanallah.. no wonder Allah 'mengutuskan' mereka utk menyucikan Haramain dari perbuatan syirik dan khurafat..
cuma disini, apa yg ana lihat.. jgn kita terlalu syadid.. terima pandangan orang lain.. insyaAllah, pandangan dan hujjah kita juga akan dihormati.. kesemua kita ttp berlandaskan dengan Al Quran Al Karim dan Sunnah Nabawiyyah Asy Syarifah, bknnya dgn kitab veda, bible etc.. ikhtilaf dalam melontarkan pandangan muncul kerana stp dari kita melihat dalil2 dari perspektif yg berbeza.. sebagai contoh, ada pihak yg menolak bid3ah secara total.. ana berlapang dada dgn meraka.. subhanallah, bg ana kenapa nak ttg? mereka adalah pejuang sunnah.. tp, ana ttp dalam keyakinan bahawa tidak semua jenis bid3ah tersebut tergolong dalam kesesatan.. bid3ah bkn lawannya sunnah.. sbg contoh, ana menetapkan pd diri ana, utk bersalawat kepada rasulullah pd stp mlm 100 kali sebelum tdr.. apakah ianya dikira sbg bid3ah yg menyesatkan? bkn kan.. boleh rujuk hujahan (juga berlandaskan al Quran dan hadis) dari kitab ust mahadhir "6 perkara asas memahami persoalan khilafiyyah"..
TAPI.. ana ttp berpegang, dlm bab aulawiyyat, keutamaan ttp dalam sunnah.. beramal dgn sesuatu yg ada asas dan dalil, tetap jutaan kali LEBIH AULA DAN UTAMA dari beramal dgn bid3ah (walaupun bid3ah hasanah)..
sifat manusia adalah berbeza pandangan.. cuma yg membezakan adalah hujjah.. jgn disebabkan kita merasakan hujjah kita kuat, betul dan paling tepat.. maka, hujjah yang lain adalah salah dan lemah.. dalam bab berijtihad, Rasulullah dah terang bersabda, kalau betul dalam ijtihad, akan dapat 2 ganjaran, kalau salah ttp dapat 1 ganjaran..
sebaik2 manusia adalah Rasulullah.. dan seburuk2 manusia adalah Abdullah bin Ubai (ketua munafiq madinah).. tp bagaimana adab Rasulullah dgn dia? Subhanallah.. langsung x sama dgn kita.. sedangkan kita? langsung x sama dgn martabat Rasulullah, dan org yg kita tentang, x la smp martabat Abdullah bin Ubai..
tentang isu tauhid yg kita pernah bincangkan, ana tawaqquf disini.. sbb ana x nak berhujjah disini.. ana seorg al faqir yg ilmu masih cetek.. tidak layak utk berdebat.. ulama2, masyayikh2, para asatizah dan sahabat2 kita diluar sana dah byk perdebatkan, kita sama2 baca hujjah2 mereka.. kita buat pertimbangan mana yg kita akan ikut berdasarkan apa yg kita yakini..
kita di ambang akhir zaman, zaman fitnah.. Rasulullah telah pn mengisyaratkan bhw umat ni akan berpecah kepada 73 bahagian.. dan Allah juga memberi amaran, "peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka (at Tahrim 66:6).. sama2lah kita berdoa agar Allah membukakan jalan utk kita.. krana hidayah dan rahmat adalah milik mutlak Allah Taala..
syukran kathira sbb post video2 di wall enta.. sama2 kita belajar dan terus belajar.. supaya kita sama2 tergolong dalam kategori ahli sunnah wal jamaah sbgmana yg telah Rasulullah gambarkan..
sesungguhnya para mukminin itu adalah bersaudara" (49:10) kita masih ada urusan dan tanggungjawab diluar sana.. terutama di Malaysia.. Islam di serang segenap penjuru.. itulah yg perlu diberi penekanan dan fokus yang lebih.. berbanding dengan berterusan berbalah sesama muslim yang tiada titik noktahnya.. doakan smoga urusan kita dipermudahkan, cepat dapatkan approval dari Bar Council..
semoga enta faham apa yang ana cuba sampaikan..
Waffaqakallah..



