Monday, March 4, 2013

Lahad Datu : bila sempadan negara dibolos (dari kacamata mahasiswa)

          Mutakhir ini, isu sempadan negara di Lahad Datu, Sabah dibolosi oleh tentera kesultanan Sulu kian menjadi bualan di merata-rata tempat. Terlalu banyak 'posting' di laman-laman facebook sehinggakan masyarakat mudah menjadi runsing entah yang mana satu perlu dipercayai . Tambahan pula, bila ada yang mengatakan kita perlu percaya kepada sumber yang asli seperti Utusan Malaysia, saya tidak bersetuju. Kenapa? terlalu banyak kes mahkamah yang melibatkan akhbar itu sendiri sebagai contoh, kes saman fitnah yang melibatkan Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid Samad dan pelbagai lagi . Semua kes saman fitnah dimenangi oleh pihak pembangkang.  Sekali lagi insiden serangan di Lahad Datu cuba dikaitkan dengan pemimpin pembangkang.

Sekitar modus operandi yang dilakarkan pihak berkuasa.


         Sementara itu pula, saya juga tidak bersetuju dengan pihak-pihak yang cuba mempertikaikan kredibiliti pihak polis yang menjalankan tanggungjawab mereka sehinggakan 8 orang terkorban. Kenapa kita cuba menyalahkan takdir? sudah suratan ajal maut yang pergi tetap pergi. Suka saya untuk berkongsi dengan penerangan yang diutarakan oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPNM, saudara Wan Nurhidayat bin Wan Mohamad berkaitan isu ini :

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.



Peta menunnjukkan serangan di Lahad Datu, Sabah.

Strategi pasukan polis maritim.


Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
 

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Komen : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa. Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK), attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK). UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila. Komando PGA dikenali sbgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18.. Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.


saya sangat tertarik dengan kalam terakhir beliau. 
konklusinya, mudah untuk kita membuat penilaian, bukan hanya bergantung kepada satu sumber, kerana hakikatnya satu sumber itulah yang bakal merosakkan minda rakyat. 

Friday, June 8, 2012

peperiksaan akhir semester 4 2012

subjek pertama akhlak dan tasawuf, yang kedua, creative thinking and problem solving, hari rabu, mass communication and last day in first week is technology communicatin.

Monday, June 4, 2012

Onesoulz perform ...... 2012- latest edition

selesai majlis resepsi keluarga sebelah lelaki di maktab polis cheras. ramai yang datang sebingga 600 lebih tetamu mungkn.... dr bahau, kg.pandan, sg.buloh, melaka, janda baik, keramat, shah alam, batu 9 , subang jaya, cheras, dan tempat- tempat lain.... turut mengundang one soulz, member ak sendiri terutamanya nasrool hanif ,yg sempat setahun skola sama lah...bangga kekdahnya...hhshahahaa gambar akan dimuat turun bulan depan, aku sibuk nak exam... nantikam ya, video kalau sempat pun ak muat naik.

Friday, January 13, 2012

ISA : MENGAPA PERLU DIHAPUSKAN ?

Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah satu perundangan yang dibuat di bawah Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin: - keselamatan dalam negeri Malaysia,
- tahanan perlindungan,
- mengelakkan tindakan subversif,
- & memerangi keganasan yang dilakukan secara tersusun.

Sejak diwujudkan pada tahun 1960, akta itu telah dipinda tidak kurang daripada 17 kali dan setiap kali pindaan dibuat operasi undang-undang itu diperluaskan skopnya sehingga mencangkupi di bidang-bidang yang lazimnya tertakluk kepada undang-undang 'Evidence Act' dan 'Criminal Procedure Code' dan 'Penal Code'.

Bagi suatu Akta yang bertujuan untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara, adalah menjadi keganjilan yang amat nyata kerana perkataan keselamatan tidak ditakrifkan. Apabila perkataan yang menjadi inti kepada hasrat Akta itu tidak ditakrifkan, maka masalah keselamatan itu telah dijadikan bidang subjektif yang nyata yang boleh dengan mudahnya diperalatkan oleh pihak-pihak politik yang berkuasa.

Tuesday, October 25, 2011

SALAFI & WAHABI berbeza ?


15 August
>qoute from somebody<
  • salam.. alhamdulillah.. ana baru kmbali dari tanah suci.. n ana rasa, ana faham, kenapa kerajaan saudi (maaf, yg dilabel sbg wahabi) menentang keras amalan bid3ah.. bid3ah dah terlalu teruk disana, pernah berleluasa dan mencemari makam al Habib, Rasulullah, sahabat2 di perkuburan Baqi' dan ada juga sampai di masjidil haram.. ana nampak, mereka beriya2 menyekat amalan ni terutama terhadap puak2 syiah rafidhah.. ana ckup2 menyanjungi mereka dalam menegakkan sunnah rasul.. Subhanallah.. no wonder Allah 'mengutuskan' mereka utk menyucikan Haramain dari perbuatan syirik dan khurafat..

    cuma disini, apa yg ana lihat.. jgn kita terlalu syadid.. terima pandangan orang lain.. insyaAllah, pandangan dan hujjah kita juga akan dihormati.. kesemua kita ttp berlandaskan dengan Al Quran Al Karim dan Sunnah Nabawiyyah Asy Syarifah, bknnya dgn kitab veda, bible etc.. ikhtilaf dalam melontarkan pandangan muncul kerana stp dari kita melihat dalil2 dari perspektif yg berbeza.. sebagai contoh, ada pihak yg menolak bid3ah secara total.. ana berlapang dada dgn meraka.. subhanallah, bg ana kenapa nak ttg? mereka adalah pejuang sunnah.. tp, ana ttp dalam keyakinan bahawa tidak semua jenis bid3ah tersebut tergolong dalam kesesatan.. bid3ah bkn lawannya sunnah.. sbg contoh, ana menetapkan pd diri ana, utk bersalawat kepada rasulullah pd stp mlm 100 kali sebelum tdr.. apakah ianya dikira sbg bid3ah yg menyesatkan? bkn kan.. boleh rujuk hujahan (juga berlandaskan al Quran dan hadis) dari kitab ust mahadhir "6 perkara asas memahami persoalan khilafiyyah"..

    TAPI.. ana ttp berpegang, dlm bab aulawiyyat, keutamaan ttp dalam sunnah.. beramal dgn sesuatu yg ada asas dan dalil, tetap jutaan kali LEBIH AULA DAN UTAMA dari beramal dgn bid3ah (walaupun bid3ah hasanah)..

    sifat manusia adalah berbeza pandangan.. cuma yg membezakan adalah hujjah.. jgn disebabkan kita merasakan hujjah kita kuat, betul dan paling tepat.. maka, hujjah yang lain adalah salah dan lemah.. dalam bab berijtihad, Rasulullah dah terang bersabda, kalau betul dalam ijtihad, akan dapat 2 ganjaran, kalau salah ttp dapat 1 ganjaran..



    • sebaik2 manusia adalah Rasulullah.. dan seburuk2 manusia adalah Abdullah bin Ubai (ketua munafiq madinah).. tp bagaimana adab Rasulullah dgn dia? Subhanallah.. langsung x sama dgn kita.. sedangkan kita? langsung x sama dgn martabat Rasulullah, dan org yg kita tentang, x la smp martabat Abdullah bin Ubai..

      tentang isu tauhid yg kita pernah bincangkan, ana tawaqquf disini.. sbb ana x nak berhujjah disini.. ana seorg al faqir yg ilmu masih cetek.. tidak layak utk berdebat.. ulama2, masyayikh2, para asatizah dan sahabat2 kita diluar sana dah byk perdebatkan, kita sama2 baca hujjah2 mereka.. kita buat pertimbangan mana yg kita akan ikut berdasarkan apa yg kita yakini..

      kita di ambang akhir zaman, zaman fitnah.. Rasulullah telah pn mengisyaratkan bhw umat ni akan berpecah kepada 73 bahagian.. dan Allah juga memberi amaran, "peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka (at Tahrim 66:6).. sama2lah kita berdoa agar Allah membukakan jalan utk kita.. krana hidayah dan rahmat adalah milik mutlak Allah Taala..

      syukran kathira sbb post video2 di wall enta.. sama2 kita belajar dan terus belajar.. supaya kita sama2 tergolong dalam kategori ahli sunnah wal jamaah sbgmana yg telah Rasulullah gambarkan..

      sesungguhnya para mukminin itu adalah bersaudara" (49:10) kita masih ada urusan dan tanggungjawab diluar sana.. terutama di Malaysia.. Islam di serang segenap penjuru.. itulah yg perlu diberi penekanan dan fokus yang lebih.. berbanding dengan berterusan berbalah sesama muslim yang tiada titik noktahnya.. doakan smoga urusan kita dipermudahkan, cepat dapatkan approval dari Bar Council..

      semoga enta faham apa yang ana cuba sampaikan..

      Waffaqakallah..

Wednesday, August 10, 2011

*off to buKit biNtanG*

selasa semlm=9/8/2011=9 ramdhn , klua berjalan ke bukit bintang ngan 'najmi'.
dr tgh hari kami sampai , hinggalah ke malam kat sana...
sempat lah gak tgk wayang 3D : 'harry potter & the deathly hallows' (rm16 jer..) erkk~
then , buka puasa kat food republic pavilion...
najmi mkn nasi beriani kambing - tarbush express
aku mkn nasi ayam - little taiwan
b4 balik, najmi belanja donut... j.Co.....
akhirnya dpt gak berjalan kat BB tu, setelah sekian lamanya dah xke sana.... thanks to my friend for accompanying me until night.....

Sunday, April 17, 2011

STUDY WEEK SEM2


harini isnin, patutnya sudah hari ke 3 ak menelaah pelajaran.
namun,apakan daya, hanya buku FEQAH sahaja dibawa pulang.
Sabtu pagi, aku terus bergegas ke HULU LANGAT semata-mata memberi sokongan buat kedua2 bekas anak muridku yang memasuki pertandingan syarahan bahasa arab.
luqman = darjah 4
syahirah = darjah 5
riak wajahku risau dan cuak, tatkala melihat peserta pertama hafal,
yelah,nama pun syarahan, hafal sudah satu kemestian.
ak hanya mengharapkan suara & lahjah yang dimiliki peserta lelaki sekolahku sebagai kayu ukur kemenangan. memang sedap sewaktu dalil alquran dibacakan.
Nyata , percubaan pertamaku , dgn meletakkan loqman yag baru darjah 4 , mendapat tempat ketiga. Sasaranku, sewaktu cuti sekolah, latihan intensif seminggu sekali, untuk hafal teks.....
agar, 2012, layak ke daerah, dan sudah tentu, harapan tinggi menggunung ke peringkat negeri.
keputusan kesuluruhan untuk edisi 2011 SRA BATU9
No.3- hafazan&tafsiran
no.3- syarahan arab
no.2 - tilalwah alquran

cukup sampai di sini pengorbananku buat sra batu 9, kerana selepas ni tumpuan dan fokusku pada sekolah menengah dalam era perdebatan. ( SAMTEN&SAMTiSH kesayanganku)